Friday 17 May 2013

Gambar Anak Kedua Shuib Sepah Dan Siti Sarah

 

Salah seorang kumpulan Sepahtu, Shuib dan isterinya, Siti Sarah telah selamat menerima anak kedua beberapa jam yang lalu. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Shuib Sepah menerusi akaun Instagram miliknya


Tahniah Katak Comel ucapkan kepada Shuib Sepah dan Siti Sarah. Semoga bayi comel ini menjadi seorang anak yang solehah dan berguna pada satu hari nanti.

Thursday 16 May 2013

11 Gambar Taman Tema One Piece, Naruto Dan Dragonball Di Tokyo

Taman tema J-World Tokyo merupakan taman teman untuk 3 Manga terkenal Jepun iaitu One Piece, Naruto dan Dragonball dan akan dibuka pada bulan Julai tahun ini. J-World Tokyo ialah taman tema yang dibuka oleh Shonen Jump untuk pembaca manga-manga legendary ini.

Anda boleh menaiki kapal Monkey De Luffy, memasuki rumah hantu Uzumaki Naruto dan menentang Fliza bersama-sama Son Goku. Taman tema ini terletak di Sunshine City�s World Import Mart Building diIkebukuro.

 

 

Tuesday 23 April 2013

Gambar Maria Farida Liuk Lentuk Badannya Di Gym


Pelakon dan model yang kini menjangkau 40-an, Maria Farida rupa-rupanya sangat berdisplin dalam hal penjagaan kesihatan dan sentiasa ke gimnasium (gym) untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Patotlah beliau tetap maintain langsing dan bergetah!

Selain itu, dia juga gemar melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti menyelam skuba dan berjogging bagi mengekalkan stamina yang tinggi.



 

Monday 22 April 2013

Video Gwiyomi Versi Nora Danish


Siapa tidak kenal dengan pelakon comel yang bernama Nora Danish kan? Nora Danish kelihatan bertambah-tambah comel apabila membuat aksi comel ber-gwiyomi. Jom terjah video Gwiyomi versi Nora Danish di bawah ini. ong gedek gedek


Friday 12 April 2013

Rezeki Uqasha Senrose Bertambah Selepas Tinggalkan Kerjaya Pramugari


Kakak kepada Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose bersyukur apabila menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas beliau melepaskan jawatannya sebagai pramugari.

Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ataupun lebih dikenali sebagai Uqasha berkata, dia lega apabila kontroversinya sebelum ini iaitu dituduh menjadi orang ketiga dalam perhubungan pasangan selebriti beberapa tahun lepas.

"Ketika kontroversi lama berlaku dulu, diakui saya hilang arah lebih-lebih lagi tawaran lakonan langsung tidak ada, sedangkan waktu itu saya baru mahu berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

"Kerana itu juga saya membuat keputusan meneruskan kehidupan dengan beralih ke bidang lain dengan menjadi pramugari. Tetapi jiwa saya tidak tenang sebab pekerjaan yang saya lakukan itu bukan atas dasar minat," kata Uqasha Senrose yang kini digosipkan sedang bercinta dengan seorang artis lelaki.

Tambah Uqasha, dia juga tidak sangka sejurus selepas berhenti kerja dan ditawarkan berlakon drama Setia Di Hujung Nyawa (TV3), popularitinya terus meningkat.

"Alhamdulillah lepas satu, satu rezeki yang datang lebih-lebih lagi saya kini bernaung di bawah syarikat MIG. Malah saya turut menjayakan dua buah filem iaitu Bencinta dan Paku Pontianak," tambahnya lagi.

Adele Penyanyi Muda Terkaya Dengan Aset RM140 Juta


Pelantun lagu Rolling In The Deep, Adele telah diberikan gelaran penyanyi muda terkaya Britain dengan nilai asetnya berjumlah kira-kira RM 140 juta (�$30 juta).

Penyanyi berusia 24 tahun itu telah disenaraikan antara penyanyi terkaya pada usia bawah 30 tahun menerusi Sunday Times' Rich List 2013.

Cheryl Cole pula menduduki tempat kedua dengan memiliki nilai harta berjumlah RM65 juta (�$14 juta) manakala Leona Lewis dan Katie Melua masing-masing memiliki harta bernilaiRM56 juta (�$12 juta)