Tuesday, 12 March 2013
Puteri Sarah Liyana Dalam Proses Memakai Tudung Sepenuhnya
Setelah putus dengan kekasih hatinya iaitu Ammar Alfian, Puteri Sarah Liyana kini di dalam proses untuk menutup aurat sepenuhnya mengikut kehendak Islam. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh Puteri Sarah ialah menukar gambar �profile� Twitternya kepada gambar bertudung.
Comel kan? Kalau sebelum ini Puteri Sarah memang terkenal dengan imej seksi dan gaya hidup yang agak sosial, semoga usaha murni ini akan mengubah peribadi Puteri Sarah. Lagi molek sekiranya bertemu kekasih yang dapat membimbing Puteri Sarah di segi agama. Semoga proses bertudung ini akan dipermudahkan buat Siti Sarah.
6 Gambar Hari Jadi Rozita Che Wan & Dynas Mokhtar
Sekiranya minggu lalu kami telah memaparkan foto sekitar ulangtahun kelahiran Nora Danish dan Elfira Loy, minggu ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar ulangtahun kelahiran dua selebriti hot tempatan iaitu Dynas Mokhtar dan Rozita Che Wan yang masing-masing menyambut ulangtahun kelahiran pada 8 dan 9 Mac lalu.
Menerusi foto yang dipaparkan, kek ulangtahun kelahiran Rozita Che Wan kelihatan sungguh comel dan unik, apabila ia dihiasi dengan anak patung ala-ala �princess� dan bertambah unik apabila kek tersebut adalah berperisa durian.
Menerusi foto yang dipaparkan, kek ulangtahun kelahiran Rozita Che Wan kelihatan sungguh comel dan unik, apabila ia dihiasi dengan anak patung ala-ala �princess� dan bertambah unik apabila kek tersebut adalah berperisa durian.
Monday, 11 March 2013
Zain Saidin Hadiahkan Rozita Che Wan Gelang Emas
Bukan hadiah biasa, tapi gelang emas dari Habib Jewels yang dihadiahkan oleh Zain kepada kekasih hatinya, Rozita Che Wan disebuah majlis ulang tahun Rozita yang ke 39 malam kelmarin.
Majlis ini telah dirancang bersama oleh penerbit Zeel Production Sdn Bhd iaitu Fadzil Teh bersama beberapa orang lagi rakan selebriti lain di Publika, Solaris Dutamas.
Dalam pada itu, Zain turut berharap agar harapannya untuk memperisterikan Rozita Che Wan akan tertunai.
�Harap-harap ia akan jadi lebih bermakna dengan niat suci kami untuk bergelar suami isteri. Mana-mana pasangan bercinta pun mengharapkan pengakhiran yang indah untuk ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat.
�Ia lebih baik kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama-sama. Susah senang bersama,� ujar Zain.
Anzalna Nasir Dakwa Dirogol Teman Lelaki
Mesti anda terkejut apabila membaca tajuk di atas bukan?
Untuk makluman anda, insiden Anzalna dirogol oleh teman lelaki hanyalah menerusi sebuah babak lakonan semata-mata dan ia langsung tiada kaitan dengan dunia realiti sebenar aktres ini. Oleh itu, peminat semua jangan salah anggap pula ya.
Untuk drama lakonan terbaru Anzalna berjudul �Bangkitnya Seorang Perempuan,� aktres ini dikatakan memegang watak sebagai Balqish, iaitu seorang wanita kampung yang naif dan memiliki sifat sopan santun.
Pada suatu hari, Balqish telah dirogol oleh kekasihnya, Radzi (lakonan Ryzal Jaafar) di sebuah kawasan semak kerana Radzi tidak mahu teman wanitanya dimiliki oleh lelaki lain.
Apakah yang akan berlaku kepada Balqis seterusnya? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton drama bersiri �Bangkitnya Seorang Perempuan� menerusi Slot Samarinda, TV3 mulai 13 Mac ini.
Merujuk perkembangan terbaru, Anzalna kini difahamkan sedang aktif menjalankan aktiviti perniagaan onlinenya di laman Instagram yang dikenali sebagai �HERMANAS5�
�Saya jenis yang rajin bekerja. Jadi bila tak ada �shooting� saya akan rasa bosan duduk dekat rumah dan dari situ saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan online ini bersama adik beradik yang lain.
�Perniagaan ini dikenali sebagai �Her Maness,� iaitu sebuah perniagaan online yang menjual pakaian wanita. Kesemua harga pakaian yang dijual adalah sangat berpatutan, paling mahal pun cuma RM150 sahaja.
�Saya pilih perniagaan ini sebab bila saya pergi ke majlis-majlis keramaian ramai yang bertanya dan minat dengan baju yang saya pakai. Jadi sebab itulah timbulnya idea untuk jalankan perniagaan ini, lagipun ramai rakan-rakan artis yang sokong.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan online ini, Anzalna akui kebanyakan baju-baju yang dijual adalah hasil rekaannya sendiri dan di beli dari luar negara.
�Saya memang tak suka pakai seluar. Jadi pakaian yang saya jual kebanyakannya lebih kepada �dress� dan hasil rekaan semula (re-design) kakak saya yang sulung.
�Baju-baju banyak kami beli dari luar negara, sewaktu kami pergi melancong dan bila sampai di Malaysia kami akan hantar kepada tukang jahit untuk hasilkan rekaan yang baru.
�Selain dress, saya pun ada reka blazer untuk mereka yang bertudung,� ujar Anzalna mengenai bidang perniagaan yang baru diceburinya awal bulan lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)