Thursday, 21 February 2013

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM | GAJI DAN ELAUN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM NAIK

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM | GAJI DAN ELAUN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM NAIK

1.4 juta kakitangan awam di Malaysia bakal menerima berita baik yang akan dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkhidmatan yang terbaik dan komitmen tinggi di kalangan kakitangan awam sangat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik dan dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela.

No comments:

Post a Comment