Wednesday 30 January 2013

SITI SALEHA BENCI LELAKI, DIKAITKAN LESBIAN

SITI SALEHA BENCI LELAKI

SITI SALEHA BENCI LELAKI

Pelakon muda yang cantik menawan, Siti Saleha lebih selesa dengan statusnya sebagai wanita solo kerana dia tidak perlu pening kepala memikirkan untuk mencari teman lelaki dalam masa terdekat ini.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, berkata, perasaan itu timbul kerana sifat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada lelaki yang telah dipupuk oleh keluarganya sejak kecil.

"Rasanya saya boleh hidup tanpa kehadiran seseorang lelaki kerana saya bukan jenis yang terlalu bergantung kepada mereka.

"Malah saya sebenarnya seorang yang sangat berdikari dalam banyak perkara," jelasnya.

Saleha berkata, kenyataan tersebut bukan bererti di membenci golongan lelaki sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat.

Jelas Saleha, sebelum ini dia ada berkawan dengan beberapa lelaki namun hubungan itu tidak berakhir ke alam percintaan.

"Kerjaya merupakan tumpuan saya ketika ini dan rasanya soal cinta itu boleh tunggu.

 Tambahan pula, tiada lelaki yang mahukan saya, sebab itu saya masih solo," ujarnya berjenaka.

No comments:

Post a Comment