
Pelakon baru yang menjadi kegemaran Katak Comel, Wawa Zainal menafikan gosip liar yang mendakwa dirinya kini ditaja oleh seorang individu VIP berstatus bekas wakil rakyat.
�Saya pelik bagaimana cerita itu boleh timbul kerana ia tidak berlaku sama sekali. Saya bukannya jenis yang keluar bersosial atau dilihat berada di mana-mana lokasi dengan lelaki lain. Hakikatnya, jika tiada penggambaran atau komitmen seni, saya akan berada di rumah dengan keluarga sendiri. Apapun, gosip itu tidak berasas dan tidak patut dilayan,� tegas Wawa Zainal.
Tetapi, Artis Baru Wanita Paling Popular ABPBH 2012 ini tidak menolak yang beliau sebelum ini pernah ditawarkan kemewahan oleh golongan VIP yang ingin mendekati dirinya.
�Saya bukan jenis perempuan begitu. Saya tidak suka menggunakan duit orang lain, tetapi lebih senang berbelanja dengan hasil titik peluh sendiri,� tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment