Friday 15 February 2013

ALAT PERMAINAN ROMPAKAN BANK UNTUK KANAK-KANAK

Sangat mengejutkan apabila terdapat alat permainan rompakan bank untuk kanak-kanak dijual di pasaran terbuka. Ia didatangkan dengan semua bahagian yang diperlukan untuk merancang merompak sebuah bank.

Antara kit permainan tersebut adalah patung seorang wanita memakai cermin mata gelap sambil memegang sepucuk pistol.

Manakala satu lagi figura lelaki yang dikenali sebagai pengurus bank mengangkat tangan seolah-olah diancam Terdapat juga beberapa ketulan jongkong emas, wang tunai dan mesin ATM.

Permainan ini telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati ibu bapa kerana menganggap ia boleh meransang minat kanak-kanak untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Kanak-kanak akan membayangkan dan mencipta situasi rompakan apabila bersama rakan lain dan perkara ini amat merisaukan ibu bapa.

 
 

No comments:

Post a Comment