Saturday 16 February 2013

PENJELASAN ROSYAM NOR MENGENAI MEMILIKI KERETA MEWAH MCLAREN MP4-12

PENJELASAN ROSYAM NOR MENGENAI MEMILIKI KERETA MEWAH MCLAREN MP4-12


Sebenarnya, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu dipinjam daripada seorang rakan untuk sesi penggambaraan sebuah drama yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.

"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan," katanya.

No comments:

Post a Comment