Thursday 21 February 2013

HANYA DI SELANGOR, KAHWIN PUN DAPAT DUIT

HANYA DI SELANGOR, KAHWIN PUN DAPAT DUIT

Mulai tahun 2013, golongan belia di Selangor yang berkahwin mulai 1 Januari tahun ini boleh menikmati insentif hadiah perkahwinan RM200 bagi setiap pasangan.

Pemberian insentif itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang merupakan anak Selangor, berusia 35 tahun ke bawah.

Syarat- syarat :
1. Lahir dan mastautin di Selangor atau Mastautin lebih 10 tahun dengan pengesahan ADUN/JKKK/Penghulu.
 2. Perkahwinan daftar di JAIS @ Jabatan Pendaftaran Negera @ Jabatan Agama/JPN cawangan negeri lain (lelaki).
3. Perkahwinan pertama sahaja
4. Pengantin lelaki atau perempuan umur tidak lebih 35 tahun semasa tarikh pendaftaran nikah.
5. Perkahwinan pada atau selepas 1 Januari 2013 sahaja layak memohon.

Cara Pembayaran Intensif

+ Insentif itu akan diberi dalam bentuk simpanan Tabung Haji bagi mereka yang beragama Islam + Pasangan bukan Islam, pemberian dilakukan menerusi sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Mohon Borang Intensif Kahwin

+ Belia yang sudah berkahwin boleh mendapatkan borang permohonan di pusat khidmat masyarakat Dun masing-masing untuk mengisi borang bagi mendapatkan insentif hadiah perkahwinan ini.

Pemberian hadiah itu akan diproses secepat mungkin sekiranya pemohon menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) segera.

No comments:

Post a Comment