Wednesday 20 February 2013

FIZZ FAIRUZ DITIPU ORANG


Kes pertunangan oleh pelakon Nur Kasih The Movie, Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu yang mencetuskan kontroversi, akhirnya beliau tampil ke hadapan dan bercerita segala-galanya.

Fizz Fairuz mengaku bahawa tunangnya selama seminggu itu, Azlyn Massiela telah memutuskan ikatan pertunangan setelah merasa tertipu apabila Azlyn Masela sebenarnya adalah isteri orang.

�Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu," ujar Fizz Fairuz.

Fizz Fairuz telah meminta maaf kepada semua khususnya kepada Almy Nadia berikutan kontroversi yang melanda dirinya.

"Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," tambah Fizz Fairuz.

No comments:

Post a Comment