Thursday 14 February 2013

GIGITAN SERANGGA INI BOLEH BUAT ANDA VEGETARIAN

GIGITAN SERANGGA INI BOLEH BUAT ANDA VEGETARIAN

Serangga yang dikenali sebagai Lone Star Tick ini membawa sejenis virus iaitu wabak Lyme yang menyebabkan alergik kepada makanan berasaskan daging merah melalui gigitannya. 

Satu gigitan sahaja mampu meningkatkan antibodi yang dikenali sebagai alpha-gal, sejenis karbohidrat gula yang boleh didapati dalam daging lembu, khinzir dan kambing dimana peningkatan antibodi ini boleh membawa kepada alahan kepada daging merah.

Lone Star Tick

Alahan ini hanya boleh didapati pada mereka yang pernah digigit oleh serangga ini dan pada masa kini, para penyelidik masih belum mengetahui mengapa gigitan serangga ini menyebabkan respon alahan berkenaan.
Simptom yang boleh diketahui pada mereka yang digigit serangga berkenaan ialah gatal-gatal, muntah, asma, sakit kepala, dan dalam kes-kes yang terlampau teruk, seseorang itu boleh mengalami kejutan anaphylactic yang boleh membawa kepada kematian. 

Lyme 

Menurut Stanley Fineman, seorang pakar alahan dan Presiden kepada American College of Allergy, Asthma and Immunology (ACAAI), "Ia akan mengambil masa sebanyak 4 ke 6 jam bagi menunjukkan respon terhadap gigitan tersebut, dan kebanyakkan orang selepas itu akan mengelakkan makanan berunsurkan daging seperti burger dan lain-lain. Ia sangat mudah."

No comments:

Post a Comment